BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 18, 2011

SALUT!!!

Salut/Salute/Respek SAmaLUTaiko(aku reka je yang ni).
Yeah, hari ni cakap pasal Salut yang bermaksud hormat ataupon tabik sama orang besar la senang cerita.
Aku dah lama amalkan amalan Salut menyalut ni terutamanya dekat..abah aku/bapak aku.
Dari kecik sampaila 'currently' aku takkan miss Salut dekat abah aku.
Why?kenapa aku Salut abah/bapak aku?.Sebab aku respek bapak akula...

Oklah..nak dipanjangkan cerita sikit sebab korang buat muka macam nak tau sangat, bapak aku ni... bekas pegawai TUDM ataupon 'omputih'nya RMAF..
Jadi, beliaulah yang mengajar aku tabik/Salut ni dari aku kecik lagi.
Memang tiap2 harila aku tabik dekat bapak aku masa dia nak pergi kerja.Sudah tentulah bapak aku membalas Salut itu.
Sampai adalah satu hari tu masa aku kecik2 comel lagi,bapak aku nak cepat pergi kerja,aku tabik kat bapak aku..beliau tak balas pun..aku pun menangislah,biasalah budak kecik kan sensitif sikit...punya lama aku nangis entah macam mane tah..bapak aku balik rumah pujuk aku..lepas tu beliau nak pergi kerja balik beliau membalas salutku..hehehe..manja tak aku masa kecik2? =P
Sampaila sekolah rendah ke menengah ke matrik ke & U sekarang ini..aku akan tetap Salut bapak aku dekat 'airport' sekalipun dan beliau tak pernah tak membalas Salutku..Habis cerita.Amacam?mesti teruja dan terkesima setelah membaca cerita yang menarik ini. =D


Cute tak aku masa kecik? =P


Sebelum berpisah, layanlah dulu lagu ni dari Malique The Pro Komando..SALUT!!!...


video

Friday, April 8, 2011

Bersahaja...

Kring,kringg!!...aku tekan butang menjawab panggilan..
"Bro,kat mane?kerja dah siap?" bro Lan call aku..
Lalu aku menjawab "Belum lagi bro,sikit lagi ni"(padahal tak buat apa pun)
"Aku nak hantar part aku kat kau ni..nanti aku sampai"bro Lan membalas..
"Ok2"..adoyai!!dah lewat ni..aku pun terus sambung buat kerja..
Itulah padahnya bila tidur lepas subuh,takde rezeki worang kata..
1 kerja ni dah 50% siap tapi bukan kerja aku dengan Lan..kerja subjek lain..

Setelah bertungkus lumus selama 3jam 'non-stop' membuat kerja..akhirnya siap jugak..
nak kena print pula..dahla nak print 'colour'..1st time print colour sebelum ni 'black&white' je..
aku dengan tak tau berapakah kos yang bakal dikenakan,jalan rilek je pergi ko-op..
HAMBIK KAU!!!!20 HINGGIT sekali cas!!..baru 15pages...nasib aku bawa duit lebih sikit..
tak ke malu kalau aku cakap nak hutang dulu..memang kak ko-op tu koyak semua kertas tu balik..

Ok..sekarang nak pergi hantar assignment dekat 'pigeon hall' lecturer walaupun tak pernah pulak aku nampak burung pigeon dalam tu..kertas2 dan buku2 adala..
Dah hantar kenala pergi ATM pulak sebab duit dah habis bayar print tadi..
apa jadah sampai 20hinggit print(masih tak puas hati sebab tak pernah tau harga print 'colour')
Sampai je kat ATM ada 3 orang 'Pak Pacak' atau bahasa lembutnya 'Abang Guard' dekat ATM sambil ada sorang manusia tengah bukak ATM tu..aku ingatkan diorang nak masukkan duit...
10minit tunggu sampai aku rasa aku jadi 'Pak Pacak' yang keempat barulah manusia tu cakap kat aku.."ATM shutdown hari ni,nak pindahkan dekat luar..jadi tak dapat gunalah..sorry k?"
Aku terkedu dan dengan rasa panas nak je menyumpah depan muka dia..
tapi aku membantutkan hasrat aku disebabkan teringat nyanyian Dato' Siti Nurhaliza 'Budi Bahasa Budaya Kita'..
Dengan baki RM2 dalam wallet aku,aku beli air soya sambil pulang dengan muka bersahaja..

Monday, April 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah la sangat..

First time buat blog setelah bertahun2 baca blog orang..
terutamanya blog abang aku yang best..hehehe
sebelum ni pun tulis kat diari je tapi setahun sekali..hahaha
xtau nak tulis ape2 lagi jadi ni sekadar 'testing'2...

nantikan kesinambungannya...err...tahun depan??

=P