BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 28, 2011

Cemburu Gue Cemburu..

Itulah perasaan daku ketika ini..cemburu,merana dan sengsara pabila daku melihat gambar-gambar keluargaku bercuti di negara 'k-pop','family outing','running man' dan etcetera etcetera etcetera...
hmmm....
.....
.....
.....
WAAAARGHHHH!!!!!

=P

Saturday, December 24, 2011

'RUMAH SAKIT'!!

Seriously aku tengah 'homesick' gila2...nak balik!!!!

Wednesday, December 21, 2011

Selamat hari lahir!!

Allah selamatkan kamu...sambungla nyanyi bagi siapa2 yang tau
Hari ini genaplah usiaku 23tahun..dan
buat pertama kalinya aku sambut hari lahir ketika masih menuntut ilmu.
Sebelum2 ni cuti je...hmmm...janggal dan pelik jugalah perasaanku ini..
Apapun hidup mesti diteruskan!!oyeahhh!! =D

Tuesday, December 20, 2011

Nadiku

Karoke lagu faveret gua di mlam2 hari sampai terkeluar urat2 di tengkuk!!... =P

Saturday, December 17, 2011

I'm Waiting..

I'm waiting for her but she doesn't even care about me.....

Saturday, December 10, 2011

Kim Jong Kook - Don't Be Nice To Me MV (Engilsh Sub)

Saturday, December 3, 2011

Korean Mood...

Sekarang ni aku gila dengar lagu2 korea..Running Man punya pasal la ni..BGM diorang letak semua best2 pui!!...apapun layan jer...heheh =P

I'm A Loner

Another song....

A Guy Like Me...

Heard this nice song from korean variety show Running Man Monday Couple.Just listen..

Thursday, November 3, 2011

Entahla....

Malas satu perasaan ke sikap?Entahla..malas aku nak fikir...
Kerja ada berguni2 tapi..entahla..malas aku nak buat...
Memang kenala Lazy Song dengan keadaan aku sekarang ni..
Tidur pun boleh rasa nak malas..entahla..aku pun x faham..
Tapi jangan malas dengan satu benda ni dahla...
Apa dia?Faham2 jela..
Bila dah rajin buat benda ni mesti semua jadi rajin..
InsyaAllah.. =)

Tuesday, September 6, 2011

FEEL 100%

Perasaaan atau 'english'nya 'feel'...

Dan baru ku perasan,makan maggi kat rumah kurang 'feel'nya berbanding makan di asrama,kolej,hostel etc...
Mengapakah??hmm...*slurpp!!*

Sunday, August 21, 2011

Tajuk

Ceh,baru nak tukar tajuk blog di atas. Tapi jangan bimbang,tajuk blog aku ni akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut mood aku. Tiada masalah kan?Hehe..


Selamat berpuasa kepada muslimin muslimat walaupun tinggal 9hari lagi berpuasa.. =D

Monday, April 18, 2011

SALUT!!!

Salut/Salute/Respek SAmaLUTaiko(aku reka je yang ni).
Yeah, hari ni cakap pasal Salut yang bermaksud hormat ataupon tabik sama orang besar la senang cerita.
Aku dah lama amalkan amalan Salut menyalut ni terutamanya dekat..abah aku/bapak aku.
Dari kecik sampaila 'currently' aku takkan miss Salut dekat abah aku.
Why?kenapa aku Salut abah/bapak aku?.Sebab aku respek bapak akula...

Oklah..nak dipanjangkan cerita sikit sebab korang buat muka macam nak tau sangat, bapak aku ni... bekas pegawai TUDM ataupon 'omputih'nya RMAF..
Jadi, beliaulah yang mengajar aku tabik/Salut ni dari aku kecik lagi.
Memang tiap2 harila aku tabik dekat bapak aku masa dia nak pergi kerja.Sudah tentulah bapak aku membalas Salut itu.
Sampai adalah satu hari tu masa aku kecik2 comel lagi,bapak aku nak cepat pergi kerja,aku tabik kat bapak aku..beliau tak balas pun..aku pun menangislah,biasalah budak kecik kan sensitif sikit...punya lama aku nangis entah macam mane tah..bapak aku balik rumah pujuk aku..lepas tu beliau nak pergi kerja balik beliau membalas salutku..hehehe..manja tak aku masa kecik2? =P
Sampaila sekolah rendah ke menengah ke matrik ke & U sekarang ini..aku akan tetap Salut bapak aku dekat 'airport' sekalipun dan beliau tak pernah tak membalas Salutku..Habis cerita.Amacam?mesti teruja dan terkesima setelah membaca cerita yang menarik ini. =D


Cute tak aku masa kecik? =P


Sebelum berpisah, layanlah dulu lagu ni dari Malique The Pro Komando..SALUT!!!...


Friday, April 8, 2011

Bersahaja...

Kring,kringg!!...aku tekan butang menjawab panggilan..
"Bro,kat mane?kerja dah siap?" bro Lan call aku..
Lalu aku menjawab "Belum lagi bro,sikit lagi ni"(padahal tak buat apa pun)
"Aku nak hantar part aku kat kau ni..nanti aku sampai"bro Lan membalas..
"Ok2"..adoyai!!dah lewat ni..aku pun terus sambung buat kerja..
Itulah padahnya bila tidur lepas subuh,takde rezeki worang kata..
1 kerja ni dah 50% siap tapi bukan kerja aku dengan Lan..kerja subjek lain..

Setelah bertungkus lumus selama 3jam 'non-stop' membuat kerja..akhirnya siap jugak..
nak kena print pula..dahla nak print 'colour'..1st time print colour sebelum ni 'black&white' je..
aku dengan tak tau berapakah kos yang bakal dikenakan,jalan rilek je pergi ko-op..
HAMBIK KAU!!!!20 HINGGIT sekali cas!!..baru 15pages...nasib aku bawa duit lebih sikit..
tak ke malu kalau aku cakap nak hutang dulu..memang kak ko-op tu koyak semua kertas tu balik..

Ok..sekarang nak pergi hantar assignment dekat 'pigeon hall' lecturer walaupun tak pernah pulak aku nampak burung pigeon dalam tu..kertas2 dan buku2 adala..
Dah hantar kenala pergi ATM pulak sebab duit dah habis bayar print tadi..
apa jadah sampai 20hinggit print(masih tak puas hati sebab tak pernah tau harga print 'colour')
Sampai je kat ATM ada 3 orang 'Pak Pacak' atau bahasa lembutnya 'Abang Guard' dekat ATM sambil ada sorang manusia tengah bukak ATM tu..aku ingatkan diorang nak masukkan duit...
10minit tunggu sampai aku rasa aku jadi 'Pak Pacak' yang keempat barulah manusia tu cakap kat aku.."ATM shutdown hari ni,nak pindahkan dekat luar..jadi tak dapat gunalah..sorry k?"
Aku terkedu dan dengan rasa panas nak je menyumpah depan muka dia..
tapi aku membantutkan hasrat aku disebabkan teringat nyanyian Dato' Siti Nurhaliza 'Budi Bahasa Budaya Kita'..
Dengan baki RM2 dalam wallet aku,aku beli air soya sambil pulang dengan muka bersahaja..

Monday, April 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah la sangat..

First time buat blog setelah bertahun2 baca blog orang..
terutamanya blog abang aku yang best..hehehe
sebelum ni pun tulis kat diari je tapi setahun sekali..hahaha
xtau nak tulis ape2 lagi jadi ni sekadar 'testing'2...

nantikan kesinambungannya...err...tahun depan??

=P